Panduan Memasang Bootstrap Pada Aplikasi ColdFusion [Bhg. 1]

Sebenarnya ramai juga programmer yang tiada skill dalam merekabentuk aplikasi web mereka supaya kelihatan kemas dan menarik.

Salah seorangnya, saya sendiri. Disuruh buat design web.. memang ke laut lah jawabnya.

Jadi, jalan pintas tanpa mengharapkan seorang web designer buatkannya untuk kita adalah gunakan Bootstrap.



Apa Bootstrap ni? Sebuah framework CSS yang disediakan bagi mambantu programmer menghasilkan laman web tanpa membuat CSS sendiri.

Bootstrap dah sediakan semuanya, kita tinggal gunakannya je.

Contoh, kita nak bold atau tebalkan teks pada header H1. Kita panggil je class CSS yang berkaitan seperti ini..

<h1 class="bold">Tajuk Berita</h1>

Di mana 'bold' telah disediakan di dalam satu fail CSS.

Ok, terus kepada panduannya..

Memuat Turun AdminLTE

Langkah 1

Pilih template yang dikehendaki. Untuk digunakan bagi membangunkan sebuah sistem, saya lebih gemar menggunaan AdminLTE. Anda boleh juga gunakan template lain, tetapi dalam contoh ini saya akan menggunakan AdminLTE ini.

Langkah 2

Muat turun AdminLTE di https://github.com/almasaeed2010/AdminLTE/releases. Ambil versi terkini iaitu AdminLTE 2.4.5 dan muat turun fail Source Code (zip).

Langkah 3

Extract fail AdminLTE-2.4.5.zip yang dimuat turun tadi dan anda akan mendapat satu folder baru iaitu AdminLTE-2.4.5. Copy folder tersebut ke folder www/htdocs/etc (local server) dan namakannya semula kepada 'adminlte'.

Salah satu fail yang terdapat di dalam folder adminlte itu tadi ialah starter.html. Jadi, sekarang cuba buka di browser anda, http://localhost:8080/adminlte.


Kita akan gunakan fail ini sebagai fail utama template di dalam sistem yang akan kita bangunkan kemudian.

Bersambung...


Panduan Memasang Bootstrap Pada Aplikasi ColdFusion [Bhg. 1] Panduan Memasang Bootstrap Pada Aplikasi ColdFusion [Bhg. 1] Reviewed by sipolan on July 26, 2018 Rating: 5

No comments

Comments